Khamis, 17 Disember 2009

Sumbangan amal untuk pesakit talasemia

ARKIB : 04/09/2009 utusan malaysia

KUALA LUMPUR 3 Sept. - Piala Monsun berharap dapat mengumpul sumbangan sebanyak RM100,000 pada majlis berbuka puasa Amal Meniti Keredaan Ilahi yang akan diadakan di Hotel Concorde, Kuala Lumpur pada 16 September ini.

Majlis anjuran bersama Piala Monsun dengan Badan Kebajikan Talasemia Malaysia (Berkat) sempena Piala Monsun 2009 itu bakal berlangsung pada 2 hingga 6 Disember 2009.

Pengarah Piala Monsun, Datuk Wan Hisham Wan Salleh berkata, objektif majlis amal itu diadakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat berkenaan penyakit talasemia dan lebih kurang 30 meja ditawarkan untuk tempahan.

Tempahan meja untuk majlis tersebut ialah RM10,000 untuk VVIP (lima meja), RM7,500 untuk VIP (lima meja), RM5,000 untuk warga korporat terhad (20 meja) dan RM3,500 untuk individu terhad (15 meja).

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut dan tempahan boleh menghubungi talian 012-2792418, 03-22833324 atau 03-21448660.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan